Setiap kumpuan diminta untuk mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan terpakai. Projeck mengabil masa yang lama, jadi kami bersetuju untuk setiap orang mencipta sesuatu. Ini adalah hasil ciptaan setiap ahli kumpulan.
Kelab Mesra Alam G3
Wednesday, June 8, 2022
Wednesday, May 18, 2022
Pengurusan Sisa Pepejal
Definisi sisa pepejal
Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosioekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun.
Jenis sisa pepejal terkawal
-sisa pepejal isi rumah
- sisa pepejal import
- sisa pepejal komersial
- sisa pepejal keinstitusian
- sisa pepejal pembinaan
- sisa pepejal perindustrian
- sisa pepejal awam
- sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa
Syarikat konsortium pengurusan sisa pepejal
Wilayah tengah/ timur - Alam Flora Sdn.Bhd. ( AFSB )
Wilayah selatan - Southern Waste Management ( SWM )
Wilayah utara - Northern Waste industries ( NWI )
Wilayah Timur - Eastern waste management ( EWM )
Amalan 3R dan 5R
REUSE - GUNA SEMULA
Pengunaan semula bahan terpakai sama ada untuk tujuan yang
sama atau lain. dalam maksud yang lain menggunakan semula barangan atau alatan
yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain seperti menjadikan tayar
kenderaan yang telah lusuh atau rosak menjadi pasu bunga ataupun menjadikan
botol plastik terbuang menjadi bekas meletak alat tulis.
MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?
Pemeliharaan sumber semula jadi
Penggunaan
semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya
mengurangkan pembelian barang-barang baru
Menjimatkan kos
Mengurangkan
penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa
pepejal
APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?
ü
Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan
berpintal
ü
Sampul surat
ü
Bekas botol kaca dan pasu
ü
Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg
udara (bubble wrap)
ü
Pakaian lama
ü
Bungkusan
ü
Kertas-kertas terpakai
ü
Tayar
ü
Kayu-kayu terpakai
REDUCE – PENGURANGAN
Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada
membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud
pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan
pembuangan barang-barang dikurangkan.
MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA?
Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk
mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya merupakan kaedah yang sesuai dalam
pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.
CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA.
ü
Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di
kitar semula atau yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.
ü
Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika
anda membeli barang dalam kuantiti yang sedikit.
ü
Beli barang yang boleh digunakan semula
RECYCLE – KITAR SEMULA
kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa
pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita
bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia
APAKAH KEPENTINGAN KITAR SEMULA
1)
kepentingan terhadap alam sekitar
i)
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah
kesan daripada pemusnahan hutan
ii)
Tenaga yang besar digunakan apabila membuat
produk daripada bahan mentah.
2)
kepentingan terhadap manusia
i)
Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
ii) Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang
Repair
Refuse
Rethink
Recovery
Reject
REPAIR – BAIKI
Baiki bermaksud membaiki kerosakan barang untuk mengelakkan pembelian
barang baru. Memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau untuk
memulihkan keadaan sesuatu alat yang telah rosak
APAKAH CONTOH BAHAN YANG BOLEH KITA BAIKI?
ü
Alat alat elektronik
ü
Bahan tang diperbuat daripada kayu
RETHINK – FIKIR SEMULA
Sunday, April 17, 2022
MINGGU KE 4,5,6
Minggu menyiapkan tugasan dan blog
Minggu ke 4
Setiap kumpulan diminta untuk melengkapkan menambahbaik blog masing-masing. Kemudian kami memdapat tugasan untuk menyiapkan video tentang kesedaran alam sekitar. Kami dikehendaki untuk membuat video dalam masa yang diberikan. Tugasan tersebut perlu dihantar pada minggu ke 6.
Selesai perjumpaan kelab, kumpulan kami segera membahagikan kerja yang mereka akan lakukan di kediaman mereka.
Tuesday, March 29, 2022
CONTOH PENCEMARAN ALAM SEKITAR
CONTOH-CONTOH PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Sejak belakang ini, pencemaran alam sekitar berlaku secara berleluasa dan membawa pelbagai masalah kepada manusia, flora dan juga fauna. Hal ini berlaku disebabkan oleh manusia yang tidak mempunyai kasih sayang terhadap alam sekitar dan orang yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Antara contoh pencemaran yang berlaku ialah:
1. Pencemaran Udara
Pencemaran udara berlaku berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.
2. Pencemaran Air
Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai dan laut.
3. Pencemaran Tanah
Berlaku disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semulajadi.
4. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi merupakan penghasilan bunyi kuat dan bising daripada haiwan,mesin atau manusia yang menggangu aktiviti atau keseimbangan kehidupan lain. Sumber pencemaran adalah seperti sistem pengankutan termasuklah bunyi kenderaan, kapal terbang, dan bunyi kereta api
Terdapat banyak lagi contoh pencemaran :-
- pencemaran radioaktif
- pencemaran bau
- pencermaran cahaya
- pencemaran terma
- pencemaran visual
MINGGU KE-3
Pada minggu ke-3, semua kumpulan diminta untuk melakukan pembentangan tentang logo yang telah mereka cipta.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan dan me memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menghargai ciptaan Tuhan yang unik kerana memberi banyak kepentingan. Antaranya:
1. Membekalkan udara yang nyaman dan segar
Manusia memerlukan udara yang segar untuk meneruskan hidup mereka. Jika tiada udara yang segar, kita sentiasa menghadapi pelbagai penyakit. Malah, kita juga dapat ketenangan jiwa daripada udara yang nyaman.
2. Menikmati keselesaan hidup
Kita berasa selesa apabila menerima udara yang bersih dan segar daripada tumbuh-tumbuhan hijau. Namun, kita juga dapat melakukan aktiviti riadah tanpa gangguan sambil menikmati keindahan alam sekitar ini. Oleh itu, kita berasa lebih selesa dan dapat mengelakkan tekanan dalam kehidupan kita.
3. Menjadi tarikan pelancong asing
Keindahan alam yang unik ini akan menarik perhatian pelancong. Dengan ini, dapat menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apabila sektor pelancongan Kuan meluas akan wujudnya peluang pekerjaan disebabkan oleh keindahan alam.
.png)

.jpeg)

.jpeg)