Tuesday, March 29, 2022

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan dan me memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menghargai ciptaan Tuhan yang unik kerana memberi banyak kepentingan. Antaranya: 


 1. Membekalkan udara yang nyaman dan segar 

Manusia memerlukan udara yang segar untuk meneruskan hidup mereka. Jika tiada udara yang segar, kita sentiasa menghadapi pelbagai penyakit. Malah, kita juga dapat ketenangan jiwa daripada udara yang nyaman. 


 2. Menikmati keselesaan hidup

Kita berasa selesa apabila menerima udara yang bersih dan segar daripada tumbuh-tumbuhan hijau. Namun, kita juga dapat melakukan aktiviti riadah tanpa gangguan sambil menikmati keindahan alam sekitar ini. Oleh itu, kita berasa lebih selesa dan dapat mengelakkan tekanan dalam kehidupan kita.


 3. Menjadi tarikan pelancong asing 

Keindahan alam yang unik ini akan menarik perhatian pelancong. Dengan ini, dapat menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apabila sektor pelancongan Kuan meluas akan wujudnya peluang pekerjaan disebabkan oleh keindahan alam.



No comments:

Post a Comment